MUKADIMAH
Surau merupakan pusat yang mengurus dan
menyelaras setiap aktiviti Pendidikan Islam. Justeru itu, program ini dirancang
sebagai usaha untuk menyedarkan murid-murid tentang kepentingan surau dan
mendorong mereka melakukan aktiviti-aktiviti Pendidikan Islam di surau. Oleh
itu, program pengurusan surau ini dapat meningkatkan kekerapan aktiviti yang
akan dilaksanakan di surau.
OBJEKTIF
- Murid menjadikan surau sebagai tempat ibadah
dan tempat aktiviti yang berkaitan dengan Pendidikan Islam.
- Program atau aktiviti yang dirancang dapat
mendidik murid-murid berakhlak mulia dan terpuji.
- Murid dapat melaksanakan solat berjemaah dan
amali Pendidikan Islam.
KUMPULAN SASAR
Terdiri daripada semua murid yang bersekolah di
SK Sementa (Pra Sekolah, Tahun 1 – 6), guru-guru dan kakitangan sekolah.
RASIONAL
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara aktif
akan mendorong minat pelajar untuk menyertainya.
Satu usaha untuk menyemarakkan lagi kepentingan
dan kegunaan surau di sekolah ataupun dalam kehidupan seharian.
MATLAMAT
Melalui
program ini, diharapkan dapat meningkatkan kualiti penggunaan surau Imam
As-Syafi’e di sekolah dengan mencapai tahap kecemerlangan dan gemilang. Diharapkan
ia dapat dijadikan kesinambungan untuk mencapai kualiti pembentukan warga
sekolah yang berkualiti.
PENGELOLAAN
Program kecemerlangan surau ini dikelolakan
sepenuhnya oleh guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF serta dibantu oleh warga
Sekolah Kebangsaan Sementa.
LATAR TEMPAT
Surau Imam As-Syafi’e terletak di kawasan yang
strategik di mana ia dapat membantu kelancaran dan kesesuaian program-program
keagamaan yang dijalankan sepanjang tahun.
KEMUDAHAN
- Surau sekolah menawarkan kemudahan kepada
warganya sebagai tempat:
- Menjalankan ibadat solat.
- Menjalankan proses P & P.
- Menjalankan aktiviti dakwah, keagamaan dan
kerohanian.
- Pusat aktiviti perbincangan, majlis ilmu,
bacaan Yaasin dan aktiviti yang berkaitan dengan Panitia Pendidikan Islam khususnya.